semua cerita ni dari ibu...
erryna lahir hari isnin, tanggal 1 sept 2008 bersamaan dengan 1 ramadhan 1429 jam 1 petang (12.58pm) dengan berat 2.46kg(keciknyaa..)
erryna juga merupakan anak sulung ibu n ayah juga cucu sulung pada tok mama,tok baba dan nenek.
semuanya 1 kan!!
ibu cakap lagi...ibu senang melahirkan erryna...erryna xsabar nak jumpa ibu n ayah sbb tu dengan 2 kali teran erryna dah meluru keluar, sampai doktor pon xsempat sambut (tgh pakai glove).. =D
ibu selalu bisik pada erryna, ibu nak erryna membesar jadi anak yang solehah (insyaALLAH)
ibu selalu bisik pada erryna, erryna mesti belajar rajin2, dapat no 1..(insyaALLAH)
ibu selalu bisik pada erryna, ibu nak erryna jadi orang yang berguna pada agama,bangsa dan negara.
dan ibu selalu bisik pada erryna, erryna mesti sayang dan hormat pada semua..
sebenarnya banyak lagi benda yang ibu selalu bisikkan pada erryna..cuma..nanti erryna cerita lagi ok..
nak tgk gambar2 waktu ibu lahirkan erryna boleh tgk kat bawah..atau baca cerita kat sini




No comments:
Post a Comment